Tuesday, December 8, 2009

Mutiara Kata


'siapa yang tidak dapat memimpin dirinya
sendiri....tidak akan mampu,
memimpin orang lain dan persekitarannya.."


"orang yang tahu dengan dirinya,
dia akan tahu pula dengan kesalahannya...
dan tahu pula untuk merubahnya...
dengan demikian,
dia akan dihormati oleh orang lain..."


ambillah waktu untuk berfikir,
itu adalah sumber kekuatan...
ambillah waktu untuk bermain,
itu adalah rahsia dari
masa muda yang abadi...
ambillah waktu untuk berdoa,
itu adalah sumber ketenangan...
ambillah waktu untuk belajar,
itu adalah sumber kebijaksanaan...
ambillah waktu untuk menyintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang di
berikan TUHAN.




Sunday, December 6, 2009

Sesuatu yang tidak kita sedari...

sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....berlaku dalam hidup ini. mungkin ia benar atau berlaku secara kebetulan sahaja....
fikirkanlah......

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.